Posts Tagged ‘Utz Asri Rabbani

13
Aug
09

Ustaz Asri Rabbani pergi buat selamanya..Al-Fatihah

Satu berita yg amat mengejutkan saya hari ini. Utz Asri dr kumpulan nasyid Rabbani, telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Baru 2 minggu lepas saya cuba untuk menjemput Utz Asri untuk majlis syarikat tetapi ditolak dengan baik sebab Utz Asri ada majlis lain pada hari yang sama. Pengesahan berita tersebut saya petik dari mStar Online
Khamis Ogos 13, 2009
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Utz Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal Rabbani sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya. Kehilangan Utz Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar – 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Marilah kita bersama-sama bersedekah Al-Fatihah dan berdoa semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yg soleh. Anda juga boleh melawati sendiri tinggalan blog Utz Asri untuk tatapan kita semua. Sila klik disini.

rabbani




Calendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Solat Time – Klang Valley

http://www.e-solat.gov.my/

Flickr Photos

RSS Waktu Solat – Shah Alam

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

nuffnang

nuffnang_bid = "7f4d27cb58232aa86d118c3658e138fd";

Top Clicks

  • None

Blog Stats

  • 49,947 hits

Flag Counter

free counters

Pages

interesting links

http://tunkuhalim.wordpress.com/2008/10/ halal directory: www.hdcglobal.com

try this…

body feel weak? need massage/spa? Baliayu Spa Sanctuary 57-2, Jln Bangkung, Bkt Bandaraya, Bangsar Tel: 03-2094 4557/2093 4558

Visitors’ Map

Disclaimer

All images that appear on the blog are copyright their respective owners and The .offthewall. claims no credit for them unless otherwise noted. If you own the rights to any of the images and do not wish them to appear on the blog please contact us and they will be promptly removed.